.
.
.
.
.
.
Si suami sudah pulang ke Semenanjung.
Si isteri bersendirian di bumi Kenyalang.
Sessi menghantar si suami di airport nampak bersahaja.
Pulang ke rumah?
Si isteri mengadu kepada bantal sebagai ganti bahu si suami.
.
.
.
.
Perasaan?
Tak tergambar dengan kata-kata.
Semoga si isteri & si suami tabah mengharungi semua ini.
.
.
.
.
Kuatkah si isteri? Tabah ke si isteri?
Sekuat mana pun, setabah mana pun,
Mesti akan terkenang juga.
Pasti akan terasa juga kehilangan bila berjauhan.
.
.
.
.
Untuk si baby,
Sama-sama kita harungi dugaan ini yer.
Mama tau baby kuat macam mama.
Mama tak kuat sangat, tapi bila ade baby mama jadi lebih kuat.
Sama-sama kita doa papa dapat duduk dengan kita nanti yer.
Mama & Papa sayang baby!
.
.
.
.
Untuk si suami,
Maaf kerana tidak akan berada di sisi menjaga makan minum,
Menyiapkan pakaian kerja seperti selalu,
Menemani tidur di malam sepi,
Menjadi makmum di waktu solat,
Menjadi teman bergaduh & bermanja setiap hari.
Namun, si isteri berharap supaya si suami juga tabah.
Si isteri tahu, si suami juga berat nak melepaskan si isteri seorang diri di sini.
Kita doa supaya dipermudahkan semuanya.
Dan semoga si suami beroleh rezeki untuk berkerja di sini.
.
.
.
.
.
Empangan air mata runtuh lagi.
Sungguh, si isteri belum boleh menabahkan hati lagi.
Semoga semuanya lebih baik selepas ini.
Bingkisan sayang dari jauh dari si isteri yang merindui si suami :)