Quantcast
Channel: Chenta #ZB
Viewing all articles
Browse latest Browse all 288

# 37minggu : Mama & Baby dah ready?

$
0
0
Salam,
Hey, hey, it's me u alls. Bila aku update, maknanya aku belum beranak lagi lah hoiii. miahahaha ;p
To be fair, aku kena lah update pasal 2nd pregnancy nie jugak, walaupun dah nak beranak tak berapa lama lagi nie.
Takut plak kang si adik dah besar baca kang dia question pulak kenapa masa si kakak banyak pulak update masa dia takde update. Hehehe.


Alhamdulillah, minggu ini minggu ke-37, means bila² masa je baby boleh keluar, dalam erti kata lain, menunggu hari. Pregnant kali ini takdelah banyak beza sangat dengan 1st pregnancy. Adalah few things yang lain sket, tapi so far semuanya under control lah :) Mari cekidaut pencapaian / perbezaaan / persamaan 1st & 2nd pregnancy aku!



Dear Adik, bukan niat mama taknak update yer, tapi mama memang superrr-busy.
So hari ni sementara ada kesempatan, mama update sikit yer sayang :) 
  • Masa awal² pregnant (4-5bulan) ramai orang langsung tak perasan mama pregnant. Kamu baby parasit bak kata doctor. Tapi, as long as berat & tumbesaran semua ok dan normal, mama okay jer.
  • Sama macam kakak Isya mama takde morning sickness. Cuma masa mula² dulu mama adalah bape kali macam muntah angin sebab perut kosong tak makan. Hihihi. Dan masa awal² tu tak boleh sungguh nak tukarkan pampers kakak kamu. Pening kepala hoiii!
  • Orang cakap mama tak macam orang mengandung. Kalau dari belakang nampak figure & cutting mama macam biasa aje *ehemm* Ohh well, sampai sekarang mama masih muat semua baju kurung size M. Kecuali tang perut agak ketat sket dan kain tak boleh kancing. Tapi still boleh pakai lah. Masa kakak Isya, masuk 5-6 bulan mama dah tak pakai baju kurung dah. Berjubah or baju pregnant jer :)
  • Berat mama sekarang 66.4kg. Pre-pregnancy 57-58kg. So maknanya bertambah dalam 9kg lah. Well, bagi mama pencapaian yang agak baik sebab masa kakak Isya berat mama naik nak dekat 20kg. Hihihi. *clap,clap,clap*
  • Sehingga saat ini, mama masih boleh pakai cincin kawen dan jam tunang dulu. Jam kawen sangat muat lagi. Dulu rasanya, masuk 3bulan lebih je cincin kawen dah simpan dalam laci dah. Takde mana nak pakai.
  • This time mama tak boleh telan sangat susu. Dah try Anmum coklat macam masa 1st pregnancy, try jugak yg perisa baru mango tue. Bluekkk, jangan kata nak telan, bau je pun dah macam kembang tekak. Pastu mama minum susu Anlene aje lah. HAHA. Asalkan susu, boleh dak gitu?
  • Vitamin & supplement mama continue Shaklee sebab memang tengah makan untuk breastfeed kakak Isya kan. Pastu abis je stok, mama continue Salindah ngan Neurogain je. Until now, still consume Salindah, dengan harapan dan doa semoga bersalin itu mudah & indah, macam taglinenyaa! :)
  • This time pun mama still buat perineal massage, last time pakai Bio-Oil now saja try Tanamera. Not bad lah dan adalah 4-5 kali minum. Hihihihi. Tapi maaflah, sama je macam dulu, buat ikut dan, main skip² hehe
  • Barang² dan keperluan nak pergi hospital semua dah ready dah. Tu pun sebab papa cuak dia suruh mama get ready semua barang² tue. Yer, Insyallah, this time papa ada dengan mama untuk sambut kamu. Masa kakak Isya papa tak sempat sampai hospital, papa dalam KLIA Express kakak kamu dah keluar. No wonder lah kan papa kamu cuak lebih! HAHA
  • Sakit belakang dan cramp kaki adalah kurang sket compare dengan dulu. Cramp kaki tak sampai 10x kot setakat nie. Sakit belakang akan jadi bila mama buat kerja heavy sket or ada salah angkat barang or penat yang amat. Papa lah jadi mangsa mintak urut. Kadang² kakak Isya pun tolong urut. hehe

Hmmm, tu je lah kot update di minggu ke-37. To date, aku tak bercuti lagi pun. 
Ada few things and lists kena settle before cuti. Half of it dah settle dan dah buat serah tugas. Legaaa! Boleh cuti dengan aman, off handphone ;p HAHA.
Tengok lah start next week, ikut mood work-from-home or masuk keje lambat ikut suka balik awal or apply je MC. Hihihi. Sayang nak apply cuti, baik carry forward je. 
Saja nak rest kat umah jap, kasi chance la kan aku nak ada "ME-TIME" before bersalin.

Ok till next update.
Doakan masih sempat update lagi next entry. Hihihi.
Daaa~

 BisikChenta: Nebess tau tengok sorang demi sorang geng bloggers & kengakawan dah bersalin. Weee~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 288

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)