Quantcast
Channel: Chenta #ZB
Viewing all articles
Browse latest Browse all 288

# Jangka Hayat Botol Susu Anak! *PENTING*

$
0
0
Hollaholisaudarasaudaricikebumcikebum! ;p
Ada 7-8 entry yang ntah dah berapa lama berkepuk dalam draft. Haihh la, masa mencemburui, gituuu. HAHA. Konon tahun nie nak update blog lebih kerap dan meng'clear'kan semua yang ada dalam draft. Ntah ye ntah tidak kan aku nie. Aku pun tak pasti bila akan published xoxo semua entry dalam draft tue. Tapi entry nie entry segar, wahhh segar sangat. Yelah, memang layak lah segar sebab baru teringat pasal hal ini semalam. 
Ok, berbalik kepada topik. Cakap pasal botol susu, sebenarnya aku pun bukanlah expert sangat. 
Yelah kan, Isya sekarang dah minum FM. Pastu aku dah lama tak ade stok EBM (since Isya masuk 1year) Aku direct feed je dia kalau keluar & pergi travel @ jalan kejap². Makanya, oleh sebab itu, aku pun dah tak ada lah lagi gigih nak membeli storage bottles lagi. 

Sedar tak sedar, aku baru perasan, Isya dah lama tak tukar botol. Lama mana? Adalah nak dekat 6 bulan  kot. Sadis tak Mama Isya nie? Baju baru beli, mainan baru belikan, tapi botol susu, benda yang PENTING nie boleh aku lupa. Nasib baik aku check email tengok last order hari tu hujung bulan 7 tahun lepas, so belum 6 bulan lagi. hehe. Sempat,sempat! *buat-buat lega!*
Well, melalui pembacaan dan seingat yang aku pernah baca lah dulu (read : lepas pantang)jangka hayat botol susu budak ialah 3-6 bulan.Ini tak silap aku untuk botol susu yang BPA-Free. Yang takde BPA-Free tu mungkin kurang lagi kot. Lagi satu ada jugak aku pernah baca, kalau botol yang mahal² sket macam AVENT ke, MAM ke, TT ke, yang tu lama sket jangka hayat dia. Tapi still, kena tukar lah. Oh, tapi aku baca tak ingat dari mana. (Sapa ada info pasal nie, bagi link plis!) Yang tak clear ke, tak tahu, atau mahukan pencerahan pasal BPA-Free boleh baca [SINI] [SINI] dan [SINI] Dasar aku pemalas nak taip kan! ;p
Dan mengikut kefahaman aku, ini adalah antara punca atau faktor² yang kena diambil kira kenapa kita perlu tukar botol susu anak:

1. Kesan calar - Kalau dah dah selalu basuh mesti ada kesan kena hujung berus ke apa kan. Walaupun guna berus yang lembut ke, mahal ke, benda ni tak mustahil boleh jadi kan? Dari situlah datangnya kesan calar kat dalam botol tue. So,once dah ada calar, means ada defect, bila ada defect possibility botol tu tak berapa selamat sebab ada pembebasan toksik ke, chemical ke adalah tinggi.
2. Cucian sabun - Dah nama sabun, tak banyak, sikit mesti ada chemical content. Walaupun guna yang organik, yang takde PARABEN still lama kelamaan mesti akan ada reaction. So prevention is better than cure! Tukar aje lah. Lagi satu, hati² dengan sabun pencuci botol yang korang guna. Dulu aku guna Pureen, tapi bila aku tau pasal Paraben (sila google ye, aku malas nak explain or later aku explain ;p) aku stop. Gunalah bottle cleanser yang organik yer uolls.
3. Sterilized - Bila sebut sterilized, automatik ada kaitan dengan heating process. Plastik yang kuat chemical bonded sekali pun, kalau dah asyik panas-sejuk-panas-sejuk, lama² mesti ada sket effect dia. Logiknya, kalau korang kerap sterilized, maka, akan cepatlah berkurang jangka hayat botol tue. Oh lagi satu, botol kalau kita angkut bawak gi jalan² kan, pastu kena panas, pun ada reaction jugak eh. Samalah macam korang pernah dengar, jangan minum air mineral yang dah letak dalam kereta time panas!
4. Lain-lain faktor - Kalau nampak botol dah bertukar warna ala² kekuningan ke, kelabu asap ke, bawak² lah beli baru yer. Lagi satu, kalau botol dah berbau pun wajib lah tukar kot. Bau tue je dah kasi signal yang botol tu dah tak elok. 
Sebagai langkah berjaga-jaga (ini pesanan untuk diri sendiri jugak) aku rasa perlu untukrekodkan bila kali terakhir pembelian botol susu. Letaklah kat reminder handphone, semakpong, tabs yang cecanggih tue. Sebulan sebelum expired ke dah remind suruh beli baru. Kalau tak memang lupaaaa ;p 

Ohh lagi satu, best jugak kalau dapat beralih ke botol susu kaca! Or stainless steel. Selagi tak pecah, selagi tulah consider selamat. Basuh je betul² bersih, Insyallah tahan. Dah la kaler semua macam menariks gitu. Aku biasa nampak yang botol kaca Life Factory (colour dia,yummmy!), Dr Brown dengan ape ntah kartun Pura, ke Puku tue . Yang stainless steel memang famous Purakiki kan? Ke ade lain? Ada jugak brand lain yang aku jumpa pun macam comel² jugak. Sedia ajalah duit membelinya!

Kaler buat aku rase nak makan! (http://www.lifefactory.com/)

Eyeing on this : Babylife Wee-Go Baby Glass Bottle

Stainless Steel : Pura Kiki. Cool jugak!

Cuma masalah utama aku ialah, nak bertukar botol susu untuk Isya. Dah setahun setengah pakai, tiba² nak tukar. Currently, Isya memang pakai Medela 5oz & 8oz feeding bottles. Aku tak tahulah kalau nak tukar ke botol kaca ni berapa lama pulak kang, sebab dulu nak bagi bottle-feeding pun dah 3 bulan lebih baru berjaya. Pheww! Tapi, belum cuba belum tahu kan? So mommies, any suggestion(s)?
Ok,see you next entry yang tak tahu bila. HAHAHA. Daaa~
 NotaChenta : Nasib baik gaji dah masuk laju² aku pegi email Aja @ MyBreastPump Shop nak repeat order.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 288

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.