Serius tak tahu nak update ape weh. Dari tadi dok taip sket, delete.
taip lagi, delete lagi. Ntah serba tak kena. Di tambah dengan selsema, pening kepala dan sakit pinggang. Ya Allah, rasa nak balik tido tapi tak jadi sebab nak kena habiskan baca jurnal ni hah.
Disebabkan dasar pemalas dalam diri masih ada, ditambah dengan rasa sakit² itu tadi, maka aku mengkopipes aje dari BabyCenter pasal child's development nie. Saje je browse through tadi sambil baca jurnal. Masa baca, kejap angguk, kejap geleng bila baca. Sebab ada yang Isya dah start buat lama dah, tapi ade pulak yang langsung dia takde buat lagi. HAHAHA. Nak gelak pun ade. Tapi yelah orang cakap, development baby ni kan lain².
Child's age: 16 months
- Turns the pages of a book - ✔ Siap dah mumbling. Pastu nampak gambar kucing, bunyi "miaw"
- Discovers joy of climbing - ✔ Memula scary. Panjat, jatuh, merengek jap, pastu panjat balik sambil ketawa mengekek!
- Has temper tantrums when frustrated - ✔ Merajuk siap tutup muka siap masuk bilik, tutup muka dengan bantal. Hadoiii. Ikut sape ntah kuat merajuk! *serius bukan aku ok!*
- Stacks three bricks - ✔ Bukan 3 je, lebih. Jangan kata bricks, semua pinggan mangkuk kuali kat dapur pun sama!
- Becomes attached to a soft toy or other object ✔ Ok lah. Tapi Isya tak minat sangat soft toys.
- Learns the correct way to use common objects (e.g. the telephone) ✔ Yang ni memang lama dah. Since 1year old kot, dah start telefon cakap sorang²
- Switches from two daytime sleeps to one ✔ Masa ni dia still tido 2x sehari. Cuma kat rumah kalau dengan Mama & Papa dia kejap tido kejap tak! Nak perhatian lettew.
- Gets fussy about food ✔ Tak lah fussy sangat. So far apa aku masak untuk Isya semua dia makan. Kadang makanan kitorang pun dia nak. Tapi mulut asyik sebut "ayam,fish,ayam"
- Takes off one piece of clothing by himself ✔ Isya tak amik baju sendiri. Aku sediakan siap². Tapi kalau lipat baju, dia akan acu semua baju kat badan. Lagi best yang aku dah lipat dia boleh pegi bukak. Stresss!
Child's age: 17 months
- Uses a handful of words regularly ✔ Memang pun. Banyak cakap si kenit nie.
- Enjoys pretend games ✔ Ok jugak lah. Tapi kejap je, pastu bosan, kacau Papa & Mama
- Likes riding toys ✔ Ni pun dari umur setahun dia dah suka. Especially kete mainan dapat masa besday dan luggage dia.
- Responds to directions (e.g. "Sit down") ✔ Yup. Isya dah start faham bila aku cakap sit down, nak makan, baca doa dsb!
- Feeds doll ✔ As I said, Isya not into toys sangat. Tapi ada lah nampak dia pegi masukkan patung Upin dalam carseat, pastu nyanyi & cakap "tido,tido"
- Talks more clearly ✔ Kadang bukan clear aje. Siap jerit!
- Dances to music ✔ MasyaAllah. Yang ni semua orang cakap ikut aku. Hampehh! Tapi dia memang suka lagu PSY Gangnam Style. Dia akan sebut "Apatas" plus buat tangan silang tue! Siap boleh nyanyi "Heyyyy, ceeii" sambil buat gaya 'sexy-lady'
- Sorts toys by colour, shape, or size ✘ Yang ni aku tak nampak lagi lah.
- Kicks ball forward ✔ Kaki bangku sangat! Macam mama. Tak suka sukan yg melibatkan kaki kecuali running.
Child's age: 18 months
- Will "read" board books on his own ✔ Yup, dah pandai sebut gambar² yang dia baca like cat, dog, moon, abang, kakak, ball, fish, ayam, mouse
- Can pedal when put on trike ✘ Yang ni aku tak confident Isya boleh buat sebab dia pun hari tu start jalan lambat sket
- Scribbles well ✘ Yang ni masa aku marking paper hari tu dia dah start tunjuk pandai. Dah ade colouring book yang penuh dengan contengan.
- Strings words together in phrases ✔ Ok lah untuk budak umur 1 1/2 tahun yang kejap cakap Melayu, kejap cakap Sarawak, kejap cakap English. "Mama, jom jalannn" = Feveret sentences!
- Brushes teeth with help ✘ Gigi baru 2 batang nak berus apenya. Tapi dia memang ada berus gigi tiap kali mandi sebab aku dah beli since 8months
- Builds a tower of four cubes ✔ Passed!
- Throws ball overhand ✔ Jadi net-ballers, hand ballers, bowlers, volley-ballers ye nanti sayang :) Boleh join mama main nanti! ;p
- Takes toys apart and puts them back together ✘ Ohh tidakkk. Setiap hari kena kemas bilik mainan u alls. Aku soh simpan, dia campak kat tempat lain. Ada sekali hp husben aku takde. Bila call, ada dalam laci baju. Aku punye make up pulak, ada yang kat atas katil, ade yang sampai sekarang tak jumpa. Haihh la anak!
- Shows signs of toilet training readiness ✔ Dah pandai cakap "biyak" & "memeh" (kemeh = kencing *Sarawak's language) tapi bila dah buat lah. Hahaha. Tapi memang husben aku nak suruh train pun!
Dah tu je kot. Nak balik lah wehh. Sakit pinggang dah ni haa.
Mood pun nak enjoy weekend je nie. So, take care u alls.
Mood pun nak enjoy weekend je nie. So, take care u alls.
Ehhhhhhhhh, jap, gambar selingan! Gambar "orang" yang disebut².
Gambar kenangan IG. Nasib lah ade Statigram! T_T
![]() |
Gigi saya baru 2 batang! |
![]() |
Price tag! |
![]() |
Bila Isya tengok gambar ni dia ckap "BoboiBoy" Hahaha |
![]() |
Ayu lettew! Naik tapi tak kayuh. Main seret kaki je |
![]() |
Aktiviti riadah di petang hari. |
